Pages

Mangga Ad

Monday, March 21, 2011

Fatwa Dari JAKIM

HUKUM LELAKI MEMAKAI EMAS PUTIH
Muzakarah kali ke-52, 1-7-2002
keputusan : HARAM memakai emas putih ke atas golongan lelaki

HUKUM MENGGUGURKAN KANDUNGAN MANGSA YANG DIROGOL
Muzakarah kali ke-52, 1-7-2002
keputusan :   HARUS sekiranya bayi itu cacat dan berpenyakit berumur sebelum 120 hari 
HARAM sekiranya mengugurkan kandungan lebih dari 120 hari

HUKUM WANITA HAID MEMASUKI MASJID UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN SAHAJA
Muzakarah kali ke-49, 19-9-2000
keputusan : HARAM perempuan yang dalam keadaan haid duduk/berada di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program keagamaan

KEDUDUKAN AIR MUSOFFA
Muzakarah kali ke-72, 23-1-2006
keputusan : DILARANG penjualan air musoffa secara komersial kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan, khurafat dan penipuan.

HUKUM PENGGUNAAN INDELIBLE INK DALAM PILIHANRAYA MALAYSIA
Muzakarah Khas, 8-8-2007
keputusan : DIBENARKAN kerana indelible ink tidak mengandungi bahan-bahan najis haram, tidak mudharat dan tidak menghalan air untuk ke kulit

HUKUM SKIM PINJAMAN WANG DARIPADA KOPERASI DAN SEUMPAMA UNTUK MENUNAIKAN HAJI
Muzakarah kali ke 69, 13/15-6-2005
keputusan : HARUS seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut. Skim tersebut hendaklah bebas dari unsur riba.

HUKUM SISTEM JUALAN LANSUNG (MLM) MENURUT ISLAM
Muzakarah kali ke-72, 23-1-2006
keputusan : HARUS dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam

HUKUM BANK AIR MANI DAN PERMANIAN BERADAS
Muzakarah kali ke-1, 28-1-1981
keputusan : HARAM mengadakan bank air mani dan kerajaan hendaklah menghapuskannya
HARAM permanian beradas kecuali air mani daripada suami sendiri secara muhtaram




0 comments:

Post a Comment