Pages

Mangga Ad

Wednesday, January 19, 2011

Steven Pienaar & Darren Bent Pindah......












Setelah sebelumnya dikabarkan lebih merestui Steven Pienaar pindah ke Chelsea, kali ini pihak Everton berubah pikiran. Tottenham Hotspur akhirnya hampir dipastikan bakal menjadi pelabuhan berikutnya gelandang asal Afrika Selatan itu.


Pemain tengah berusia 28 tahun itu pun sudah tiba di tempat latihan Tottenham untuk melengkapi proses kepindahannya. Dia juga akan segera menjalani tes medis, sebelum menandatangani kontrak berdurasi empat tahun di White Hart Lane.


Manakala Darren Bent dipercayakan sudah menuju Aston Villa dalam sebuah perjanjian yang boleh menghabiskan dana 24 Juta Pound bagi The Midlanders.


Bent sebelumnya dikabarkan sudah meminta berpindah pada musim panas yang lepas. Tapi Sunderland tidak membenarkan penyerang tersebut untuk berbuat demekian.


credit:EPL







Saturday, January 15, 2011

Damping Malam 2010 PPV





Mengisahkan Wadi dan isterinya Ku Khalira yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama Nuraiza. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. Nuraiza pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. Nuraiza diasuh oleh ibu saudara Ku Khalira yang tinggal bersama mereka yang dipanggil Umi Siah oleh Nuraiza. Umi Siah seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. Umi Siah sangat menjaga Nuraiza kerana dia tahu keistimewaan yang Nuraiza ada. Ku Khalira sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. Ku Khalira dan Wadi selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.




Download link:


http://hotfile.com/dl/96713187/77db4e5/Damping.Malam.2010.PPV.Jiwang.WS.avi.html

http://www.fileserve.com/file/GDT8jgj






Friday, January 14, 2011

Senarai Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010


ABPBH 2010 akan mempertandingkan 16 kategori yang menampilkan calon-calon yang cukup kompetitif dari segi populariti & sokongan peminat. Layankan senarai penuh finalis top 5 selepas ini.


Artis Komedi Lelaki Popular
1. Along
2. Angah
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan
Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Kenchana Dewi
3. Nurkhiriah
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira
Artis Baru Lelaki Popular
1. Daus
2. Maulana
3. Shah Jaszle
4. Shahir
5. Sharnaaz Ahmad
Artis Baru Wanita Popular
1. Adira
2. Ana Raffali
3. Mizz Nina
4. Nur Syuhada @ Dottie
5. Elfira Roy
Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In Team
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan
Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular
1. Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan/Altimet
2. 6ixth Sense
3. Azlan The Typewriter
4. Bunkface
5. Meet Uncle Hussein
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Anuar Zain
3. Black
4. Faizal Tahir
5. Shahir
Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Alyah
3. Ana Raffali
4. Stacy
5. Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Bront Paralea
3. Remy Ishak
4. Shaheizy Sam
5. Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita Popular
1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani
3. Liyana Jasmay
4. Maya Karin
5. Scha Alyahya
Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Ady Putra
3. Fizz Fairuz
4. Remy Ishak
5. Shaheizy Sam
Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Nurkhiriah
3. Lisa Surihani
4. Scha Alyahya
5. Tiz Zaqyah
Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Awal Ashaari
3. Anil Hj Nawawi
4. Jimmy Shanley
5. Zizan
Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Nurul Syuhada
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahirah
Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Aznil Hj Nawawi
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Kieran
5. Salih Yaakub
Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Fara Fauzana
3. Linda Onn
4. Raja Azura
5. Sharifah Aleya


Thursday, January 13, 2011

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2010








ZURICH -- PEMAIN Argentina Lionel Messi yang bermain untuk kelab Barcelona dan Marta pemain kelab Santos dari Brazil dinobatkan Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d’Or FIFA 2010.

Lionel Messi menewaskan pencabar dari rakan sepasukan di Barcelona iaitu Andres Iniesta dan Xavi Hernandez.

Marta pula menewaskan pencabar terdekat Fatmire Bajramaj dan Birgit Prinz dari Jerman.

Jurulatih Terbaik Dunia Ballon d’Or FIFA 2010 dimenangi Jose Mourinho dari Potugal yang melatih pasukan Real Madrid dan Silvia Neid dari Jerman yang menaltih skuad Jerman.

Berikut ialah mereka yang tersenarai untuk pemain terbaik dunia 2010 dan senarai pemenang.
Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid & Spain)
Pertahanan: Maicon (Inter Milan & Brazil), Gerard Pique (Barcelona & Spain), Lucio (Inter Milan & Brazil), Carles Puyol (Barcelona & Spain)
Pemain Tengah: Andres Iniesta (Barcelona & Spain), Xavi (Barcelona & Spain), Wesley Sneijder (Inter Milan & Holland)
Penyerang : Cristiano Ronaldo (Real Madrid & Portugal), David Villa (Barcelona & Spain), Lionel Messi (Barcelona & Argentina)

credit: fifa.com




Wednesday, January 12, 2011

Filem 2 Alam : Lawak Semasa DDR. Dozmey..



Keistimewaan Manusia Pendiam

1. Merupakan pendengar yang bagus. Biasa akan menjadi sasaran orang-orang untuk menceritakan masalah


2. Sukar diketahui kelemahan. Selain dari kelemahan berkomunikasi sukar untuk orang lain mengetahui samada beliau sebenarnya bijak atau sebaliknya.. Kelemahan tentu disimpan dalam diri


3. Mempunyai kelebihan menganalisa orang lain. Kebiasaan orang pendiam akan lebih memerhatikan sifat orang lain. Janganlah memperbodohkan orang lain. Si Zool selalu jumpa manusia camni.. Kelakar pun ada mentang-mentang si Zool ni diam dia kelentong-kelentong walaupun perkara tersebut tak perlu dikelentong pun.. Tapi tu le masing-masing punya caranya..


4. Boleh simpan rahsia ( bagi sesetengah orang).. Almaklumlah beliau tak banyak bercakap jadi risiko untuk rahsia disebar mungkin kurang berbanding manusia bermulut tempayan.. Huhuhuhuhuhu..

5. Tak kacau orang.. Berbanding mereka yang bising, orang pendiam kurang menganggu hidup orang lain. Faham tak?? Okay, orang pendiam jarang melakukan tugasan ‘tikam belakang’, ‘bodek membodek’ dan sewaktu dengannya. Kebiasaannya mereka lebih menumpu pada hidup sendiri berbanding kes orang lain. Jarang sekali nak ‘jaga tepi kain orang’.






Paramore - Playing God Music Video



Tuesday, January 11, 2011

Hahaha... sme la...



Rasulullah Dan Seorang Pengemis Yahudi Buta


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berucap sepatah kata pun, Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya itu adalah Rasulullah Muhammad—orang yang selalu dia caci maki dan sumpah serapah.
Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sehingga baginda wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah saw, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abu Bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah. Ia bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan Rasulullah yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."
“Apakah Itu?" tanya Abu Bakar ingin tahu. Ia menggelabah juga kerana merasa sudah mengetahui bagaimana kebiasaan Rasulullah semasa hidupnya.
"Setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?"
Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu dengan ketus "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku."
Abubakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw."
Seketika itu juga kaget pengemis itu. Ia pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abubakar saat itu juga dan sejak hari itu menjadi Muslim.