Pages

Mangga Ad

Sunday, March 27, 2011

Ciri-ciri Lelaki Sejati

MENCARI dan menemukan cinta sejati serta pasangan hidup sesuai memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.

Ini kerana tidak semua teman atau kekasih yang dikenali bersedia untuk menikahi anda biarpun di penghujung sebuah perjalanan anda mengharapkan si dia lebih daripada teman biasa.

Sekian lama manusia cuba mencari makna cinta sejati. Ahli falsafah pun tidak mampu memberi jawapan memuaskan kepada persoalan ini.

Apakah ciri lelaki yang boleh dikenali untuk dijadikan teman hidup?
Bukan hanya tempoh perhubungan dengannya menjadi kayu pengukur, namun banyak aspek lain yang boleh diambil kira untuk memastikan si dia benar-benar bakal pasangan hidup anda.

Bagi yang masih mencari dan terus mencari lelaki idaman, mungkin pandangan berikut boleh dijadikan panduan dalam menilai lelaki sebenar untuk dijadikan teman sejati:

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi daripada hati yang ada di sebaliknya.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya.

Jika anda berasa lelaki yang didampingi itu benar-benar memenuhi piawaian ditetapkan atau memang jodoh tersurat dengannya, mungkin anda boleh mulakan bicara untuk membuka mindanya berbincang mengenai masa depan dan perkahwinan.

Namun, banyak perkara harus diambil kira contohnya:
# Pasangan yang diajak mengahwini anda mungkin pandai merayu tetapi tidak mampu mempertahankan hubungan.
# Jangan terjebak ilusi romantis semata-mata.
# Hati-hati dengan pasangan yang hanya menabur janji atau sering menghulur hadiah, namun tidak dapat memberikan sokongan pada saat diperlukan.
# Carilah pasangan yang boleh memberikan rasa tenang selain sentiasa bersedia membantu pada saat tertekan dan penuh emosi atau ketika susah mahupun senang.

0 comments:

Post a Comment