Pages

Mangga Ad

Wednesday, January 12, 2011

Keistimewaan Manusia Pendiam

1. Merupakan pendengar yang bagus. Biasa akan menjadi sasaran orang-orang untuk menceritakan masalah


2. Sukar diketahui kelemahan. Selain dari kelemahan berkomunikasi sukar untuk orang lain mengetahui samada beliau sebenarnya bijak atau sebaliknya.. Kelemahan tentu disimpan dalam diri


3. Mempunyai kelebihan menganalisa orang lain. Kebiasaan orang pendiam akan lebih memerhatikan sifat orang lain. Janganlah memperbodohkan orang lain. Si Zool selalu jumpa manusia camni.. Kelakar pun ada mentang-mentang si Zool ni diam dia kelentong-kelentong walaupun perkara tersebut tak perlu dikelentong pun.. Tapi tu le masing-masing punya caranya..


4. Boleh simpan rahsia ( bagi sesetengah orang).. Almaklumlah beliau tak banyak bercakap jadi risiko untuk rahsia disebar mungkin kurang berbanding manusia bermulut tempayan.. Huhuhuhuhuhu..

5. Tak kacau orang.. Berbanding mereka yang bising, orang pendiam kurang menganggu hidup orang lain. Faham tak?? Okay, orang pendiam jarang melakukan tugasan ‘tikam belakang’, ‘bodek membodek’ dan sewaktu dengannya. Kebiasaannya mereka lebih menumpu pada hidup sendiri berbanding kes orang lain. Jarang sekali nak ‘jaga tepi kain orang’.






0 comments:

Post a Comment